Friday, August 19, 2011


mapim-logo.jpg


Text Box: E-mail: zulkifli_zaim06@yahoo.com.my                                        



4 Ramadhan 1432 H / 4 Ogos 2011

Kepada sesiapa yang berkenaan
clip_image002
RAYUAN SUMBANGAN UNTUK BANTUAN MAKANAN BULAN Ramadhan dan Eidil Fitri 1432H  UNTUK  PELARIAN ROHINGYA DI BANGLADESH DAN DI MYANMAR
Adalah dengan ini dimaklumkan  bahawa gabungan beberapa NGO Islam iaitu MAPIM, TERAS, SHURA, dan SALIMAH sedang melaksanakan usaha untuk membantu pelarian Rohingya Muslim di beberapa kem pelarian di Bangladesh dan mereka yang tertindas di wilayah Arakan , Myanmar.
Kaum pelarian muslimin Rohingya, sejumlah lebih 400,000 sedang mengalami kehidupan yang sangat perit dan tertindas di Bangladesh dan Myanmar .  Dalam masa yang sama, ribuan lagi sedang ditindas di wilayah Arakan, Myanmar. Di Malaysia sendiri terdapat sekitar 25,000 orang pelarian Rohingya .
Bulan Ramadhan ini akan menambahkan lagi kesengsaraan mereka akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi.
Kami sedang merayu agar kaum muslimin di Malaysia dapat menghulurkan infaq fi sabilillah untuk keperluan pelarian tersebut.
Dilampirkan bersama adalah risalah dan maklumat yang berkaitan untuk pertimbangan pihak tuan/puan.
Sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan Salman   :   013 4013342 / Ust. Mohd Islam 019 5966998/Ust Mohd  Amin
Yang benar,

_______________________
(MOHD AZMI ABDUL HAMID)
Presiden TERAS /Setiausaha Agung MAPIM.

RAYUAN BANTUAN MAKANAN Ramadhan Karim dan Aidil Fitri 1432H
 Umat Islam Minoriti Rohingya , Myanmar
   DI KEM PELARIAN BANGLADESH
Anjuran TERAS-SHURA-SALIMAH-MAPIM
                                                  
Persatuan Persaudaraan    Majlis Perundingan Pertubuhan     United Islamic Rohingya Organization     Sekreteriat Himpunan Ulama Rantau Asia       Teras Pengupayaan Melayu Muslimah                                   Islam Malaysia                                    For Development                                                                                                                                
و ما لكم أ ن لأ تنفقو ن في سبيل ا لله و لله مير ا ث ا لسمو ت و ا لأ رض
“Dan kenapa kamu tidak menafkahkan (Sebahagian) harta kamu di jalan Allah, padahal Allah yang mempunyai langit dan bumi  ?”  Surah al-Hadid 10.
          
Etnik Rohingya adalah salah satu dari etnik di Myanmar (Burma) yang majoriti Muslim ( sekitar 8%). Mereka   adalah penduduk di wilayah Arakan di sebelah Barat Myanmar yang bersempadan dengan Bangladesh. Kebanyakan bermautautin di Maungdaw, Buthidaung, Akyab, Rathedaung and Kyauktaw Sejak Myanmar diperintah oleh tentera junta pada tahun 1978, etnik Muslim Rohingya menjadi mangsa penindasan yang amat dahsyat. Ratusan ribu (anggaran 250,000 orang) yang mengalami penyiksaan , rogol , penahanan secara rambang , pembunuhan tanpa bicara , pemenjaraan , pemusnahan masjid , pemaksaan keluar dari Islam dan menjadi pengganut Bhuddah  (murtad) , perampasan harta , pemusnahan tempat tinggal , penafian kerakyatan dan hak untuk mendapat rawatan kesihatan , menolak permohonan untuk mendapat kerja , kanak-kanak tidak dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan , malah menafikan hak untuk berkahwin. Nasib etnik Rohingya ditambah perik lagi bila kebanyakan mereka tidak dianggap rakyat Myanmar lagi. Ertinya etnik ini sekarang adalah pelarian tanpa kerakyatan asal.
Kini terdapat 80,000 ribu pelarian etnik Rohingya baru yang belum berdaftar oleh agensi PBB iaitu (United Nation High Commission for Refugees (UNHCR) di sempadan antara Wilayah Arakan, Myanmar dan Bangladesh. Di sempadan Thai-Myanmar sahaja terdapat 110,000 pelarian di 9 kem pelarian. Di kem pelarian Bangladesh keadaan kehidupan mereka sangat terdesak akibat penindasan oleh regim junta tentera Myanmar dan tekanan daripada kerajaan Bangladesh yang tidak membantu keperluan mereka .
Kini jumlah pelarian mencecah hampir setengah juta diseluruh Bangladesh kerana Muslimin Rohingya tidak mempunyai pilihan untuk menyelamatkan nyawa mereka.
Anak-anak pelarian Rohingya di Bangladesh di beberapa kem pelarian seperti di Kutupalong dan Coax Bazaar di selatan Bangladesh kini merayu hanya untuk mendapatkan nasi dan kacang dal buat berbuka puasa dan sedikit pakaian untuk Hari Raya Aidil Fitri yang mendatang.
Terdapat Masjid Jamek yang didirikan oleh pelarian Rohingya untuk menunaikan Solat Terawih sepanjang Ramadhan berlantaikan tanah dan mengguna minyak tanah sebagai lampu di dalam masjid dan surau. Di Arakan Muslim Rohongya tidak dibenarkan memperbaikki Masjid yang rosak , apatah lagi membina masjid yang baru.
(1)                                                                  (2)                                                               (3)                                            (4)
(Gambar) (1) Pusat Pengajian Tinggi Islam yang dhaif,  (2) Pusat Tarbiyyah Kanak-kanak yang berlantaikan tanah   , (3) dan (4)  Perumahan Pelarian Rohingya di  Sempadan Bangladesh  ini, mengharapkan simpati dan bantuan dari anda untuk persediaan Bulan Ramadhan al-Karim 1432H      
 
(5)Tiada kemudahan perubatan               (6)  Banjir di kem pelarian                            (7) Wakil , Ust Md.Islam meninjau nasib
                                                                                                                                                         Kawasan kem pelarian Rohingya
Kedhaifan hidup masyarakat pelarian di sempadan Bangladesh dan Myanmar bertambah buruk bila diditimpa musibah bencana alam seperti banjir, ribut taufan yang mengakibatkan pokok-pokok jatuh menghempap pondok-pondok kecil pelarian yang miskin ini. Kerajaan Bangladesh dan agensi-agensi  yang sedia ada di Bangladesh tidak mengambil peduli mengenai  musibah bencana alam yang menimpa kawasan kem pelarian
Masyarakat Rohingya ini adalah satu etnik yang dilupakan dan dipinggirkan oleh masyarakat dunia Islam. Termasuk Negara-negara Anggota ASEAN dan NGO Islam tidak memberi perhatian bersungguh terhadap nasib pelarian Rohingya , malah ada yang tidak mengetahui kewujudan mereka.




ا نما ا لمؤنو ن ا خوة فا صاحو ا بين أ خو يكم و ا تقو ا لله لعلكم تر حمون
Artinya : Sesungguhnya Orang-orang mukmin adalah bersaudara. Maka damaikanlah antara dua saudara kamu dn bertakwalah kepada Allah agar diberi Rahmat... Hurat 10

 




               Keperluan etnik pelarian Rohingya pada bulan Ramadhan
         Keperluan untuk satu keluarga pelarian di Bangladesh  adalah sebanyak  RM500.  ( Taka 10,000)
1-      Untuk program Iftar di surau dan Masjid bersama Anak-anak yatim dan Miskin,Ibu tunggal OKU anggaranya adalah  RM500.(Taka 10,000). kerana penduduknya berjumlah besar.

2-      Pakaian untuk satu keluarga RM500. (Taka 10,000) , kerana dalam satu keluarga terlalu ramai.

3-      Pakaian  dan makanan untuk satu keluarga yang termiskin  RM 370+ Kyat 100,000

SUMBANGAN HENDAKLAH DI HANTAR KE AKAUN
Teras Pengupayaan Melayu
BIMB :  020-2001002-1351
(Semua sumbangan hendaklah dimaklum terlebih dahulu kepada En .Azizan (0194818687)

  Untuk maklumat lanjut sila hubungi mengenai Pelarian Rohingya

1.     Ustaz Mohammad Islam Bin Sultan Ahmad   (019-5966998)
Ahli lembaga           (Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
Koordinator :          Pusat Perkhitmatan Pelarian Rohingya (PPPR)
Alamat :                   Lot 14, Tingkat 2 , SP Plaza , Sg.Petani , Kedah
Email  :                    pppr_teras@yahoo.com

2.     Ustaz Salman Siddiqy Mohd Azmi  (013 4013342)
Setiausaha Kerja TERAS Pengupayaan Melayu
Lot 14 , Tingkat 2 , SP Plaza Sg.Petani , Kedah
Email : ibnuazmi99@yahoo.com

                   Alamat :  SHURA  No, 8-4  The Right Ange, Jalan 14/22 Seksyen 14. 46100 Petaling Jaya, Selangor
                                     Tel. No,   03-79554300 Faks No,    03-79554399  Emal :  shura_pj@yahoo.com 
                                     016-6784003 / unirod.2168@yahoo.com/  FB www.facebook.com /UNIROD