

4 Ramadhan 1432 H / 4 Ogos 2011
Kepada sesiapa yang berkenaan
RAYUAN SUMBANGAN UNTUK BANTUAN MAKANAN BULAN Ramadhan dan Eidil Fitri 1432H UNTUK PELARIAN ROHINGYA DI BANGLADESH DAN DI MYANMAR
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa gabungan beberapa NGO Islam iaitu MAPIM, TERAS, SHURA, dan SALIMAH sedang melaksanakan usaha untuk membantu pelarian Rohingya Muslim di beberapa kem pelarian di Bangladesh dan mereka yang tertindas di wilayah Arakan , Myanmar.
Kaum pelarian muslimin Rohingya, sejumlah lebih 400,000 sedang mengalami kehidupan yang sangat perit dan tertindas di Bangladesh dan Myanmar . Dalam masa yang sama, ribuan lagi sedang ditindas di wilayah Arakan, Myanmar. Di Malaysia sendiri terdapat sekitar 25,000 orang pelarian Rohingya .
Bulan Ramadhan ini akan menambahkan lagi kesengsaraan mereka akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi.
Kami sedang merayu agar kaum muslimin di Malaysia dapat menghulurkan infaq fi sabilillah untuk keperluan pelarian tersebut.
Dilampirkan bersama adalah risalah dan maklumat yang berkaitan untuk pertimbangan pihak tuan/puan.
Sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan Salman : 013 4013342 / Ust. Mohd Islam 019 5966998/Ust Mohd Amin
Yang benar,

_______________________
(MOHD AZMI ABDUL HAMID)
Presiden TERAS /Setiausaha Agung MAPIM.
No comments:
Post a Comment